Belum lagi dunia reda dengan bencana Tsunami di Jepun yang telah mengorbankan nyawa hampir 10,000 penduduk sehingga menimbulkan kesedihan, Belum lagi kegelisahan hilang tetang Loji Nuklear di Jepun yang akan memberikan kesan radiasi mahupun memberikan ancaman serius terhadap rakyat di Jepun dan juga tempias kepada dunia,Belum lagi PRU di Sarawak bermula dan baru pembubaran DUN nya..Gegendang dunia sekali lagi berbunyi, dikejutkan dgn si capik Amerika Syarikat bersama sekutu kuatnya telah menjadi hero dunia kononnya atas nama membela nasib rakyat Libya daripada kekejaman pemimpin Libya Gaddafi.
Amerika bangkit menyerang Negara yang dianggap menggamalkan dasar pemerintahan kuku besi dan memeras rakyat."Bilakah akan Amerika dan sekutunya menyedari perbuatan dan tindakan mereka itu bakal mengundang kebencian dari kalangan umat Islam yang berfahaman ekstrem dan berjuang atas khalimah jihad,???...
Terbukti, teserlah Negara kuasa besar ini menambahkan lagi kebencian umat islam malah sukar dipercayai, apalah lagi untuk disanjungi, apa yang dilaungkan oleh mereka kononnya Negara yang sekian lama mengamalkan dasar demokrasi serta memperjuangkan hak asasi manusia dan menghormati kedaulatan serta kemerdekaan sesebuah Negara!
Akhirnya Amerika mengkhianati sekutu kuatnya itu sendiri Libya dan Gaddafi yang dikatakan terlebih dahulu menjadi sekutu kuat Israel dan juga Amerika suatu ketika dahulu.
Mengapa pita rentak dan alunan politiking lapuk dan tidak bermaruah diputarkan kembali, setelah musnah tanah Iraq dan tersemadi jasad Saddam Hussein? Setelah puas mencari dan memusnahkan Afghanistan dan Osama Bin Laden.. kini Libya dan Gaddafi hanya menunggu saat genting digantung seperti nasib yang menimpa Saddam Hussien..nauzubilllah
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan bahawa keluar dari jamaah, kepimpinan atau pemerintah Islam, melakukan penentangan terhadapnya dan bergabung dengan pihak-pihak tertentu bagi tujuan menjatuhkan pemerintah/penguasa adalah suatu bentuk perbuatan yang mengundang pelbagai perpecahan yang mana akan membawa kepada ancaman neraka sebagaimana sabda baginda Rasulullah s.a.w.:
“Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahlu kitab telah berpecah belah menjadi 72 golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah-belah menjadi 73 golongan, 72 golongan tempatnya di dalam neraka dan satu golongan di dalam syurga, iaitu al-Jama’ah.” (Hadis Riwayat Abu Duad, Ahmad, ad-Darimi, al-Ajury, al-Lalikaiy. Disahihkan oleh al-Hakim, dan disepakati oleh Imam Az-Zhahabi
p/s: fikir-fikrikanla...bertuah tinggal di bumi Malaysia tanah tumpah darahku yg aman damai Alhamdulilah.:)
No comments:
Post a Comment